UNTUK KERETA DAN MOTOR DI RUMAH ANDA

Kenali kereta anda. Ketahui apa yang ramai pemilik tidak tahu.

Garaj™ mengenal pasti masalah yang biasa berlaku dan panggilan balik (recall) untuk kereta atau motor anda, menyimpan semua rekod servis di satu tempat, dan memaklumkan servis yang perlu dibuat seterusnya berserta anggaran kosnya.

Dapatkan akses awal Sedang diuji di Android dan iPhone. App dalam Bahasa Inggeris buat masa ini.
Cuba sekarang: Pilih kereta anda dan lihat maklumat yang Garaj ada tentangnya.
Kenali kereta andaJenama, model dan tahun. Itu sahaja.
LIHAT DEMO APLIKASI SEBENAR (DALAM BAHASA INGGERIS)
APA YANG ADA DALAM GARAJ HARI INI

Dibina atas data sebenar untuk kereta dan motor Malaysia.

Model kereta
600+
daripada 30 jenama, Perodua hingga Ferrari
Model motor
580+
daripada 29 jenama
Model kereta dengan lampu amaran dashboard diterangkan
290+
dan tahap urgent setiap satu
Apa yang ramai pemilik kereta tak tahu
270+
Masalah yang biasa berlaku dan panggilan balik (recall), mengikut model dan tahun
KERETA
MOTOR

Pilih mana-mana jenama yang tertera di bawah untuk mencuba. Semua jenama ini tersedia dalam Garaj.

PRATONTONIni menunjukkan model kereta, bukan kereta anda yang sebenar. Kami senaraikan beberapa model popular di sini. Garaj menyokong semua model yang disenaraikan dan boleh digunakan untuk menyimpan rekod kenderaan anda sendiri.

Semak model anda

Pilih jenama, model dan tahun kereta anda untuk lihat maklumat yang tersedia dalam Garaj. Hanya ambil masa 10 saat, tak perlu daftar akaun.

Kereta atau motor anda tiada dalam senarai? E-mel jenama, model dan tahunnya ke hello@garaj.my dan kami akan tunjukkan maklumat yang tersedia untuk kenderaan anda.

APA YANG GARAJ TAHU

APA SETERUSNYA UNTUK ANDACONTOH
Garaj menggunakan rekod kenderaan anda untuk mengira perkara ini. Jawab dua soalan ringkas dalam aplikasi untuk bermula. Hanya ambil masa kira-kira 20 saat.
MASALAHNYA

Biasa dengar?

Group chat keluarga, kawan, Mak, bengkel, penjual kereta. Semua orang ada soalan pasal kereta. Tiada siapa ada jawapan.

KENAPA IA BERBEZA

Bukan sekadar peringatan servis. Garaj membantu anda memahami sejarah dan keadaan kenderaan sendiri.

APP PERINGATAN BIASA

"Servis kenderaan anda." Setiap 6 bulan, mesej yang sama, untuk semua kereta dan motor.

GARAJ
MASALAH LAZIM2017 Perodua Axia

"Tapak enjin (engine mounting) Axia anda memang antara bahagian yang biasa mengalami masalah. Biasanya ia mula haus selepas 100,000 km dan boleh menyebabkan kereta bergegar ketika berhenti dengan enjin masih hidup."

RECALL UNTUK DISEMAK2017 Honda Civic

"Sesetengah model keluaran 2017–2018 terlibat dalam panggilan balik (recall) pam minyak. Minta bengkel yang dipercayai periksa perkara ini semasa servis akan datang."

DARIPADA REKOD ANDATERTUNGGAK2016 Perodua Myvi

"Minyak brek kali terakhir ditukar pada Mac 2023. Minyak brek perlu ditukar setiap 24 bulan, jadi sekarang sudah melebihi tempoh yang disarankan."

Masalah lazim, panggilan balik (recall) dan rekod kenderaan anda sendiri, semuanya berdasarkan model kenderaan anda. Maklumat masalah lazim dan panggilan balik ialah data sebenar dalam Garaj; maklumat minyak brek hanyalah contoh.

Cara guna

LANGKAH 1Tambah kereta atau motor andaPilih jenama, model dan tahun, kemudian jawab dua soalan ringkas. Lebih kurang 20 saat. Jawapan kasar pun okay.
LANGKAH 2Catat apa yang dibuatServis atau alat ganti baru, di mana-mana bengkel, bukan di dealer saja.
LANGKAH 3Lihat apa seterusnya, dan sebabnyaSetiap item tunjuk sebab dan anggaran kos, jadi anda masuk bengkel dah tahu apa nak dijangka.

Juga dalam Garaj

Lampu dashboard menyala? Cari dalam Garaj.Tekan simbol yang anda nampak, atau taip kod kerosakan, kereta atau motor. Garaj beritahu tahap urgentnya dan simpan rekod apa yang membaikinya.
Setiap kereta ada ceritanya sendiriJarak, penjagaan dan kos untuk setiap kenderaan, gred rekod A hingga D, dan kad cerita untuk dikongsi. Nombor plat, bengkel dan mileage tidak pernah dikongsi.
Ask Garaj"Apa patut saya beritahu bengkel?" Jawapan berdasarkan rekod servis anda sendiri serta masalah lazim dan panggilan balik (recall) model anda, bukan tekaan dari internet. Buat masa ini dalam Bahasa Inggeris.
Imbas resitTangkap gambar bil bengkel. Garaj isi tarikh, kerja yang dibuat dan kosnya. Anda semak, kemudian simpan.
Roadtax dan insuransGaraj ingatkan anda sebelum setiap satu tamat.
Dah jual? Serahkan rekodnya.Pindahkan sejarah servis penuh ke Garaj pembeli, percuma.

Mula percuma. Tambah bila perlu.

PERCUMA Kereta atau motor pertama anda, semua termasuk Sejarah penuh, apa seterusnya, peringatan, Ask Garaj, mods, dyno dan track day. Kongsi dengan seorang pemandu dan penonton tanpa had.
GARAJ PRO Untuk garaj seisi keluarga
  • Lebih daripada satu kenderaan dalam garaj anda
  • Lebih daripada seorang pemandu dalam keluarga (penonton sentiasa percuma)
  • Simpan setup handling, sehingga tiga untuk setiap kereta
Harga diumumkan semasa pelancaran.
AKAN DATANG Laporan sejarah kenderaan Nak jual kereta? Kongsi laporan rekod servis penuhnya yang pembeli boleh buka dan semak sendiri: apa yang dibuat, bila, dan pada mileage berapa. Nombor plat anda kekal peribadi.
Dapatkan akses awal